Friday 28 June 2013

Amalan Doa Untuk Pelajar Ketika Menghadapi Peperiksaan

Koleksi Doa Untuk Pelajar Ketika Menghadapi Peperiksaan

1) Doa Ketika Lupa

DoaBilaLupa



2) Doa Mendapat Ilham Yang Baik-baik


DoaDapatIdeaYgBaik



3) Doa Mendapat Petunjuk 


DoaDapatPetunjuk



4) Doa Ketika Menghadapi Kesukaran


DoaHadapiKesukaran



5) Doa Hilangkan Gemuruh 



DoaHilangGemuruh



 6) Doa Untuk Sentiasa Cergas


DoaKecergasan



7) Doa Ketika Masuk Dewan Peperiksaan


DoaMasukDewan



8) Doa Mudah Hafal


DoaMudahHafal



9) Doa Terang Hati


DoaTerangHati




Wednesday 26 June 2013

Ramadhan 1434H

Sekarang bulan Syaaban, pejam-celik, Ramadhan pula datang. Tanpa kita sedari, sudah 1434 tahun umur bulan suci Ramadhan ini. Pernahkah terlintas pada fikiran kita, adakah ini Ramadhan terakhir? Sempatkah aku beribadat kepada Allah? Diampunkan kah dosa ku? Wallahualam.
Izhar, Ramadhan adalah bulan yang mana semua orang Islam mengerjakan Rukun Islam yang ke-3, iaitu Berpuasa pada bulan Ramadhan. Pada siang hari kita berpuasa, dan menunaikan solat sunat tarawih pada malamnya. Sabda Rasulullah SAW :-
  • Maksudnya: "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mewajibkan puasa Ramadhan atas kamu sekelian dan aku mensunnahkan atas kamu agar beribadat pada bulan Ramadhan. Jesteru sesiapa yang berpuasa dan beribadah pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan oleh  Allah s.w.t."    (Riwayat Ashab al-Sunan)
  • Maksudnya: "Sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan kepada Allah s.w.t. dan mengharapkan pahalanya, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) { Dengan penuh keimanan maksudnya yakin dengan janji-janji Allah s.w.t. dan melaksanakan perintah-perintah Allah s.w.t. Dengan penuh pengharapan ialah semata-mata mencari pahala daripada sisi Allah s.w.t. dan bukan bertujuan untuk mendapatkan dunia}
InsyaAllah, sesiapa yang beribadah dengan penuh kekhusyukan pada bulan yang mulia ini, akan diampunkan dosa-dosanya oleh Allah SWT. Maka, marilah sama-sama kita mengejar kejayaan akhirat di samping kejayaan duniawi. Salam Ramadhan al-Mubarak dari PRS SMKDPA.


INSYA-ALLAH, mari kita amalkan.....







Friday 21 June 2013

Penyerahan Rekod Kemajuan Pelajar

Penyerahan Rekod Kemajuan Pelajar

Tarikh : 21 Jun 2013
Masa : 8.00 - 11.30 (sesi pagi), 1.30-4.30 ptg (sesi petang)
Tempat : Di Dewan Sri Panglima


Friday 14 June 2013

JADUAL PMR 2013

JADUAL PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH

RENDAH 
(PMR) 2013

Sila Klik Sini untuk DOWNLOAD !



Maklumat lanjut tentang PMR 2013,
1. Maklumat AM tentang PMR
2. Kupasan Mutu Jawapan

Thursday 13 June 2013

JADUAL SPM 2013

JADUAL PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

(SPM) 2013
Sila Klik Sini untuk DOWNLOAD !

Maklumat lanjut tentang SPM 2013,
1. Maklumat AM tentang SPM 
2. Kupasan Mutu Jawapan
4. SKM



Tuesday 11 June 2013

Asasi, Biasiswa, Diploma atau TIngkatan 6 ?

Inilah dilema pelajar lepasan SPM. Susahnya pelajar untuk membuat keputusan apabila mendapat 3 tempat ini sekali gus. Bagaimana kita hendak membantu mereka memilih sendiri haluan yang tepat ? Minat, kemampuan kewangan, jurusan pilihan akan membantu pemilihan pelajar.
Tingkatan 6, peluang untuk menjejakkan kaki ke u lebih banyak terbuka kerana dasar kerajaan yang memberi peluang kepada pelajar STPM. Cuma pelajar perlu benar-benar menumpukan perhatian kepada pelajaran disebabkan banyak sukatan yang perlu dibuat persediaan. Walaupun bunyinya ada 4 mata pelajaran tapi setiap mata pelajaran ada 2 atau 3 kertas. Dalam setiap kertas pula ada banyak bahagian dan setiap bahagian ada banyak topik.
Semangat yang tinggi, kesabaran serta teknik belajar yang sistematik perlu ada pada pelajar STPM. Strategi memilih mata pelajaran sewaktu 6 rendah penting kerana ia akan menentukan peluang untuk ke kursus pilihan kerana setiap kursus ada syarat-syarat kemasukan tersendiri. Sebab itu memilih subjek ting 6 penting kerana biasanya setiap kursus di universiti minima memerlukan gred yang baik dalam 2 mata pelajaran sementara 2 mata pelajaran lain akan menyokong pointer.
Pelajar perlu jelas di dalam strategi memilih mata pelajaran. Sistem penggal yang masih diamalkan oleh sekolah juga akan membebankan pelajar untuk membuat persediaan di peperiksaan STPM.
Diploma pula selalunya jalan untuk mencari pekerjaan dengan cepat kerana setelah tamat selalunya lepasan ini akan terus bekerja. Peluang untuk sambung ke Ijazah amat tipis dan sekiranya bercita-cita untuk sambung belajar ijazah perlu dapat 3 pointer ke atas.
Matrikulasi pula ada 2 sama ada matrikulasi KPM atau matrikulasi universiti-universiti. Matrikulasi di universiti lebih dikenali sebagai Asasi. Pelajar perlulah jelas perbezaan kedua-dua matrikulasi itu dan yang penting kaedah pemilihan kursus ijazah di kedua-dua matrikulasi tersebut. Apabila pelajar telah mendapat penjelasan maklumat yang perlu dengan jelas akan membuka ruang pelajar untuk membuat keputusan dengan lebih baik.

Tawaran Terbuka

Memandangkan sekarang dasar tawaran terbuka (double offer) digunakan, maka calon lepasan SPM yang layak mungkin akan menerima dua tawaran iaitu sama ada untuk mengikuti program Matrikulasi di KPM atau mengikuti Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA. Mereka yang mendapat dua tawaran ini pasti ada yang telah yakin mana yang harus dipilih tetapi tidak kurang yang merasa keliru atau tidak pasti.

Tingkatan 6

Melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 boleh dianggap sebagai peluang kedua bagi pelajar untuk menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya menggapai segulung ijazah. Banyak pengalaman telah membuktikan bahawa pelajar yang kurang cemerlang sewaktu SPM mampu untuk menebus kekecewaan tersebut dengan pencapaian SPM dan seterusnya ke universiti. Tidak mustahil utk berjaya di tingkatan 6 asalkan kena dengan strateginya.
Pembelajaran semasa di tingkatan 6 memang lebih susah jika dibandingkan dengan politeknik atau diploma. Walaupun begitu sekiranya anda memasuki tingkatan 6, peluang anda untuk memasuki universiti tempatan adalah lebih cerah iaitu 65% berbanding dengan lepasan politeknik atau diploma.
Kelebihan Tingkatan 6
Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;
  • Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
  • Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
  • Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok. Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki dah di universiti kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
  • Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.
  • Sastera pun susah, sains pun susah. Tapi ingat ini bukan dijadikan alasan untuk tidak berjaya ye! Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia, tapi kualiti sijil STPM ni bertaraf diploma di jabatan kerajaan sekarang ni. Maksudnya boleh cuba minta jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan, layari laman web spa.gov.my. Semua jawatan diploma boleh cuba dipohon.

Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 3 jurusan iaitu Sains, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan Sains dipecahkan kepada 3 modul iaitu Modul I, Modul II dan Modul III. Sistem modul bagi Jurusan Sains ini baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada tiga jurusan umum ini.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.
Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.

Asasi IPTA

Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.
Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.
Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.
Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Diploma IPTA

Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.
Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.
Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Pilihan Anda

Kesemua program pengajian ini memang disasarkan kepada calon yang berbeza. Setiap satu program tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Mereka yang mengikuti program asasi dan matrikulasi satu tahun merupakan antara jalan terpantas untuk memasuki universiti dan menamatkan program pengajian peringkat ijazah. Secara langsung mereka akan dapat mula bekerja lebih awal di usia yang muda.
Memandangkan program asasi dan matrikulasi mengambil masa yang singkat untuk ditamatkan maka mereka yang mengikuti program ini perlu melalui proses kehidupan dan pembelajaran yang mencabar. Banyak yang perlu dilakukan dalam masa yang begitu pendek dan perlu fokus serta mengekalkan prestasi pelajaran dari mula lagi.
Walaupun begitu segala susah payah ini akan dibalas dengan kepantasan memasuki program pengajian peringkat ijazah dan dunia kerjaya.
Secara umumnya program Matrikulasi KPM sesuai untuk mereka yang belum begitu pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah nanti kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka. Manaka program Asasi pula sesuai untuk mereka yang sudah pasti apakah kursus yang ingin diikuti diperingkat ijazah dan universiti yang ingin dimasuki kerana sukatan pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu.
Perbezaan yang paling ketara antara program asasi dan matrikulasi dengan program diploma adalah tempoh masa pengajian. Program diploma mengambil masa yang lebih panjang iaitu 3 tahun jadi proses pembelajaran tidaklah begitu ketat. Di samping itu pelajar diploma mempunyai lebih peluang untuk membaiki penurunan prestasi kerana ada 6 semestar berbanding 2 semestar untuk asasi dan matrikulasi setahun.
Namun kerana tempoh masa pembelajaran yang lebih lama maka lepasan diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat mula bekerja. Walaupun begitu ada universiti yang memberi pengecualian jam kredit kepada lulusan diploma dan ini boleh memendekkan sedikit tempoh masa pengajian.
Di samping itu lulusan diploma boleh menggunakan diploma mereka untuk terus bekerja tetapi tidak demikian untuk lulusan asasi dan matrikulasi. Mereka yang mengambil program asasi dan matrikulasi dianggap akan meneruskan proses pembelajaran mereka kerana program tersebut memang disusun sebagai laluan pantas ke universiti.
Sementara itu bagi mereka yang tidak berjaya ke matrikulasi atau asasi maupun diploma jangan gusar kerana anda masih boleh memasuki universiti mengikuti program peringkat ijazah. Laluan anda adalah dengan masuk ke tingkatan 6 dan ambil STPM.
Walau apa pun pilihan anda pastikan anda melaluinya dengan terancang dan berusaha untuk mencapai yang terbaik demi masa depan yang cemerlang. Pastikan anda tidak mengulangi kesilapan dan kelemahan semasa SPM dahulu. Pada peringkat ini sepatutnya anda telah mengenai diri anda sendiri dan tahu apakah minat, kemampuan dan kekuatan masing-masing.

Biasiswa Pelajar Lepasan SPM

Universiti = PTPTN. Kalau tidak, kering lah dompet ibu bapa kan. Lepas graduate, bayar lagi.. Tapi,Sudah tentu semua pelajar mahukan biasiswa untuk sambung belajar kan? Alah, kos pengajian semua ditanggung perbadanan yang tawarkan biasiswa ni! Untuk pelajar-pelajar lepasan SPM 2012 yang mendapat keputusan cemerlang, sudah pasti anda ada memasang impian untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kan? Mesti ramai yang masih belum pasti tentang biasiswa ini.  Untuk pengetahuan semua, terdapat banyak biasiswa yang ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan & swasta di Malaysia. Berikut adalah senarai biasiswa untuk pelajar-pelajar lepasan SPM. Kami harap dengan perkongsian ini dapat memudahkan anda memilih biasiswa yang paling sesuai untuk anda.

Senarai Biasiswa Untuk Lepasan SPM 2013 

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Malaysia
Biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA), Malaysia
Biasiswa Petronas, Malaysia

Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Malaysia
Biasiswa FELDA, Malaysia
Biasiswa Yayasan TNB, Malaysia
Biasiswa Yayasan TM, Malaysia
Biasiswa Yayasan Khazanah, Malaysia
Biasiswa Yayasan UEM, Malaysia
Biasiswa Sime Darby, Malaysia
Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM), Malaysia
Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB), Malaysia
Biasiswa Maybank, Malaysia
Biasiswa Proton, Malaysia
Biasiswa Shell, Malaysia
Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional
Biasiswa Tunku Abdul Rahman
Biasiswa New Zealand Commonwealth
Biasiswa Singapura
Biasiswa UPM-ELS Tun Dr. Mahathir
The UEM Scholarship Programme
Biasiswa Romania
Biasiswa Taylor’s World Class
Biasiswa Astro
Program Penajaan Pendidikan Petronas
Hong Leong Foundation Scholarship Programme
British Council IELTS Scholarship
The Titijaya Scholarship Fund
Western-Australian Government Scholarship (WA Premier Scholarship)
Biasiswa Yayasan TM
AMCHAM-MACEE Scholarship Program
Limkokwing Scholarship Award
Gamuda Scholarship Award
Program Tajaan Pendidik Malaysia Airports (ESP)
The Star Education Fund
Securities Commission Malaysia Scholarship Award
Program Tajaan Khazanah Global
Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) Scholarship for Undergraduate Studies
Biasiswa Endownmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Bank Negara Malaysia Scholarship Award Academic Session
Sin Chew Daily Education Fund
ASEAN Scholarships for Malaysia

Live to Help Others

PendengaR Setia (PRS)
Our prime purpose in this life is to help others. InshaAllah.



Tahniah PRS !

Orang Kuat PRS !
 Barisan Pelajar Cemerlang SPM 2012 
Herlina Mansur - 8A
Izzah Mardhiya Mohd Isa - 7A
Safwanah Adam - 6A
Nur Fatin Izwani - 5A
Rosnih Sugala - 5A
Manis Sirah Abdul Wahab - 4A
Maizatul Aqilah Muhadi - 4A

Jadual Tugasan PRS-SMKDPA