Info

   





Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) diadakan adalah untuk melatih para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri.
 Selain itu, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal.
Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang. Dengan itu mereka merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat bagi menangani sesuatu masalah.
Program ini merangkumi bidang yang luas termasuk membantu mempelajari Teknologi Maklumat, Pembelajaran Bestari, Cara Belajar, malah digunakan dalam kempen anti dadah.
Program Pembimbing Rakan Sebaya Anti Dadah pula dimulakan pada awal tahun 2001. Program ini menekankan kepada konsep role model iaitu bekas penagih yang berjaya mengikuti program Pembimbing Rakan Sebaya dengan baik dan berkesan dijadikan sebagai peer educator.

Fungsi Rakan Sebaya 

Rakan sebaya berperanan penting dalam kehidupan
remaja iaitu :-
* Sebagai alat perbandingan dengan diri nya sendiri
* Sebagai panduan apabila menilai diri dari segi tingkah laku , personaliti ,
kemahiran , kebolehan dan lain lain .

Fungsi yang berada di atas hanya untuk asas dalam rakan sebaya. Fungsi rakan sebaya hanya bukan bergantung pada fungsi di atas malah bergantung juga pada diri kita terhadap pada rakan sebaya kita .
Fungsi rakan sebaya juga terbahagi kepada dua juga iaitu yang berada pada di bawa :-
Fungsi Rakan Sebaya
Fungsi rakan sebaya terbahagi kepada dua :-
Sebagai agen peneguhan
Apabila kanak kanak membesar pengaruh rakan sebaya sebagai agen peneguhan semakin meningkat 






No comments:

Post a Comment