Antara petunjuk kita telah mampu menguasai diri ialah kita mampu melakukan sesuatu yang perlu dilakukan walaupun kita tidak suka melakukannya. Inilah rahsia orang yang berjaya .
Dalam hidup. kita diberikan 2 pilihan iaitu
- Perkara yang kita perlu lakukan.
- Perkara yang kita suka lakukan.
Perkara yang perlu ialah :
perkara yang boleh membawa kepada kejayaan dan kemajuan terhadap diri kita
-selalunya susah , pahit dan menguji kesabaran
perkara yang boleh membawa kepada kejayaan dan kemajuan terhadap diri kita
-selalunya susah , pahit dan menguji kesabaran
Perkara yang susah pula , kebanyakkannya tidak menyumbangkan apa-apa kepada kejayaan kita
-selalunya seronok , asyik dan melekakan.
Orng yang menguasai diri mampu melakukan perkara yang perlu walaupun tidak disukainya demi mengharapkan kejayaan. Kesusahan ,kepahitan , keperitan adalah sesuatu yang perlu untuk menempah kekuatan diri. Sanggup menempuh keperitan itulah yang membina kekuatan diri.
Maksud kuat di sini ialah sanggup menanggung risiko. Kuat berhijrah dari 'zon selesa' tetapi penuh kebekuan untuk menuju 'zon mencabar' yang penuh dugaan, tetapi di situlah letaknya kejayaan dan kecemerlangan .
Kita bagaimana? ingin terus berada di 'zon selesa' ? tidak mungkin .Justeru, keluarlah menuju 'zon mencabar' -bersedialah menghadapi kesusahan kerana dalam kesusahan itu ada kesenangannya. Tawanlah diri. Insya Allah , kita akan 'menguasai' dunia !
No comments:
Post a Comment